Face

You are playing a VERY dangerous game here. For the record, I don't like being played.


End.

Rakyat 2.0

The rally ran its course yesterday and as expected, it turned ugly.


I felt cheated. First they said the demonstration will not be allowed because it will deter people from using the roads and stuff. You think with endless roadblocks and road closure starting from more than a week before it happens will help?

You said you will give the permit if it is held in the stadium. They asked for stadium Merdeka and you don't allow. They have no choice now but to walk down to the town centre and became a street rally. Does that help?

You said now that the permit MIGHT be considered if it is held in Shah Alam stadium. Even if they do accept, you think the people will trust you now? Pokoknya kau dah memang tak bagi. Just say it.
.
.
.

Inilah respon yang aku selalu jumpa masa tegok status update facebook orang lain.

1) Demonstrasi ini bukan budaya kita.... itu semua budaya barat je... Kita seakan-akan sudah lupa sejarah kita.

Jawapan aku: Okay Mr Genius Sejarah, kenal tak photo ni?














Ini photo yang diambil ketika orang Malaya bangun menentang Malayan Union. Nenek moyang kita pun buat, kau yang tak tahu sejarah nak bising?

2) Menyusahkan orang lain. Sangat selfish. Tak tahu ke orang lain pun nak cari makan... bla bla bla..

Jawapan aku: Ni lagi satu kes orang ignorant ni. Dah heboh dah nak adakan demonstrasi ni sejak 3-4 bulan lalu kau buat la persediaan yang sepatutnya. Lagipun ia demonstrasi aman, takkan ada hal kalau diberi permit.

3) Malu la orang luar tengok Malaysia macam ni. Pelancong luar negara nak masuk ibu negara pun tak boleh.

Jawapan aku: Aku rasa lagi malu bila aku tengok rakyat diperlakukan macam binatang. Aku lagi malu bila melihat respon daripada Human Rights Watch ASEAN yang mengkritik dasar negara. Aku malu bila rakyat tak diberikan hak bersuarakan pendapat.

Pelancong luar tak boleh masuk masuk ibu negara? Lahhhh... siapa yang tak bagi?

4) Ambiga tu pernah sokong kes Lina Joy, IFC.

Jawapan aku: Kalau Hitler cakap dia nak bina masjid korang sokong tak? Oihh jangan sokong. Dia Hitler kot. Mana boleh buat masjid.

Point yang aku nak cakap sekarang ni, siapa Ambiga tu tak relevan. Yang penting sekarang ni ialah apa yang beliau dokong. Kalau benda tu benda baik, dimanakah silapnya? Adakah fair jika kita membangkang jika Ariel Sharon memberi kenyataan bahawa islam itu agama benar?

....Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan... [Al-Maidah 5:8]

Sekian. Thank you.






Gelora Perubahan

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Wattehell

aku nak cakap yang apa2 pun komen aku yang kontroversi itu memang aku maksudkan. Aku dah fikir dua-tiga kali sebelum aku bagi komen. Itu decision aku.


Aku pun tak tahu kenapa aku makin rebellious sejak kebelakangan ni. Mungkin kerana geram "Bersih" yang takberapabersihpasaldiabuatkatstadiumbukandijalan punya pasal.

Give up.

Teguran

Just when I thought I'm gonna stop blogging for GOOD.


Ini teguran untuk manusia2 noob di luar sana. Teguran ni memang khas untuk kau. Kau nak terasa ke tak nak terasa ke mampos kau.

Aku tak cakap aku ni baik. Tapi at least aku takdelah buat "benda2" macam kau.

Lepas tu bila orang tegur kau pergi ban. Chill-lah bro. Yang kau terasa sangat tu apesal? dia bukan tulis pasal kau pun.

Aku mintak korang taubat sementara Dia bagi chance lagi. Ingat sikit korang tu dahlah ambil duit rakyat. haih.
.
.
.
.
Yang GSC pergi bantai tayang Rasuk kat THX instead of Transformers.... Bangang apa? ==

Seram.

Harini aku drive ke sekolah. Kalau korang nak tahu, Monash ni ada satu macam perangai; kalau korang drive lebih pukul 9am ke sekolah, mimpilah dapat parking. Pagi tu aku cuba nasib, berjaya jugaklah park. Tapi itupun di nun hujung, betul-betul sebelah pagar.


Malam tu aku pulang lambat. Habis bayar parking, terus bergerak ke kereta. Cuaca malam agak panas dan berbahang. Mungkin masa peralihan monsun, jadi cuaca pun tak stabil. Sedang aku berjalan, aku terdengar bunyi deruman motosikal. Kelihatan abang guard Monash datang menyapa.

"Kereta kat mana dik?"

"Tuu, hujung sana"

Aku jawab sambil menuding jari ke arah kereta aku yang samar-samar kelihatan di malam yang suram itu. Betapa jauhnya aku park. heh.

"Berani ke ke sana?"

"Bolehla.."

Aku nampak muka abang guard tu kelihatan risau.

Relax la bro, takkan ada orang nak rogol aku kot. Fikir aku dalam hati.

"Kenapa ek?"

"Takde... tempat ni keras sikit.."

Aku mula rasa seram, aku pandang keliling. Yang aku nampak hanyalah jalan tar dan kereta-kereta yang entah siapa punya tak ambil lagi, memang la keras. Nak aje aku buat lawak bodo tu.

"Keras macamana?"

Abang tu pandang keliling, mukanya kelihatan resah.

"Sini ada pontianak"

Okayyyyyhhhhhhh..... Saat dia sebut perkataan pontianak tu aku dapat rasa bulu roma aku meremang. Siot.

"serius!!???"

"betul, sini dah ramai kena kacau. Dulu sini (sambil menyuluh satu kawasan di tepi pagar) pernah ada guard post,"

"sekarang dah kena alih?"

"haah, selalu sangat kena kacau. Ada seorang guard tu memang berhenti kerja tiba-tiba lepas satu malam jaga di sini,"

Aku terkedu. Masa aku berjalan dihabiskan dengan cerita abang tu.

Dia cakap kat sini, ada orang pernah dengar suara menghilai di kesunyian malam. Ada yang mengadu pernah rasa ada orang tepuk bahu dari belakang, tapi bila toleh, tiada kelihatan orang; Hanya kesunyian malam. Lagi teruk, ada yang pernah terserempak dengan perempuan pegang baby sambil duduk di atas jalan.

"ada yang pernah nampak perempuan kat situ," sambil menyuluh ke luar pagar. Yang aku nampak hanyalah semak-samun. Damn.

Masa tengah jalan tu, aku raba poket untuk ambil handphone. Waktu menunjukkan jam 11.20pm. Aku pandang kedepan. Kelihatan aku sudah menghampiri kereta savvy berwarna biru yang diberikan abang aku. THANK GOD.

"lain kali dik, kalau nak park, jangan park jauh-jauh sangat. Sini memang ramai sangat orang kena dah,"

"Okay, terima kasih ye"

Abang guard tu terus blah dengan motor beliau. Tinggalkan aku keseorangan di situ. Siot.

Aku pun terus buka pintu, start enjin, dan terus tekan minyak keluar dari tempat tu.

Mungkin lain kali aku akan ke situ lagi pada waktu yang sama. Ada projek yang ingin aku lakukan ala2 seekers la. hahha

ADA PONTINAK LA NOOB!




Embrujo

I am becoming my old me. Heck who cares. I've been holding up too much.

Ah what the hell.

Dun worry. All is well. ;)