Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
aku nak cakap yang apa2 pun komen aku yang kontroversi itu memang aku maksudkan. Aku dah fikir dua-tiga kali sebelum aku bagi komen. Itu decision aku.
Aku pun tak tahu kenapa aku makin rebellious sejak kebelakangan ni. Mungkin kerana geram "Bersih" yang takberapabersihpasaldiabuatkatstadiumbukandijalan punya pasal.
Give up.
Just when I thought I'm gonna stop blogging for GOOD.
Ini teguran untuk manusia2 noob di luar sana. Teguran ni memang khas untuk kau. Kau nak terasa ke tak nak terasa ke mampos kau.
Aku tak cakap aku ni baik. Tapi at least aku takdelah buat "benda2" macam kau.
Lepas tu bila orang tegur kau pergi ban. Chill-lah bro. Yang kau terasa sangat tu apesal? dia bukan tulis pasal kau pun.
Aku mintak korang taubat sementara Dia bagi chance lagi. Ingat sikit korang tu dahlah ambil duit rakyat. haih.
.
.
.
.
Yang GSC pergi bantai tayang Rasuk kat THX instead of Transformers.... Bangang apa? ==
Harini aku drive ke sekolah. Kalau korang nak tahu, Monash ni ada satu macam perangai; kalau korang drive lebih pukul 9am ke sekolah, mimpilah dapat parking. Pagi tu aku cuba nasib, berjaya jugaklah park. Tapi itupun di nun hujung, betul-betul sebelah pagar.
Malam tu aku pulang lambat. Habis bayar parking, terus bergerak ke kereta. Cuaca malam agak panas dan berbahang. Mungkin masa peralihan monsun, jadi cuaca pun tak stabil. Sedang aku berjalan, aku terdengar bunyi deruman motosikal. Kelihatan abang guard Monash datang menyapa.
"Kereta kat mana dik?"
"Tuu, hujung sana"
Aku jawab sambil menuding jari ke arah kereta aku yang samar-samar kelihatan di malam yang suram itu. Betapa jauhnya aku park. heh.
"Berani ke ke sana?"
"Bolehla.."
Aku nampak muka abang guard tu kelihatan risau.
Relax la bro, takkan ada orang nak rogol aku kot. Fikir aku dalam hati.
"Kenapa ek?"
"Takde... tempat ni keras sikit.."
Aku mula rasa seram, aku pandang keliling. Yang aku nampak hanyalah jalan tar dan kereta-kereta yang entah siapa punya tak ambil lagi, memang la keras. Nak aje aku buat lawak bodo tu.
"Keras macamana?"
Abang tu pandang keliling, mukanya kelihatan resah.
"Sini ada pontianak"
Okayyyyyhhhhhhh..... Saat dia sebut perkataan pontianak tu aku dapat rasa bulu roma aku meremang. Siot.
"serius!!???"
"betul, sini dah ramai kena kacau. Dulu sini (sambil menyuluh satu kawasan di tepi pagar) pernah ada guard post,"
"sekarang dah kena alih?"
"haah, selalu sangat kena kacau. Ada seorang guard tu memang berhenti kerja tiba-tiba lepas satu malam jaga di sini,"
Aku terkedu. Masa aku berjalan dihabiskan dengan cerita abang tu.
Dia cakap kat sini, ada orang pernah dengar suara menghilai di kesunyian malam. Ada yang mengadu pernah rasa ada orang tepuk bahu dari belakang, tapi bila toleh, tiada kelihatan orang; Hanya kesunyian malam. Lagi teruk, ada yang pernah terserempak dengan perempuan pegang baby sambil duduk di atas jalan.
"ada yang pernah nampak perempuan kat situ," sambil menyuluh ke luar pagar. Yang aku nampak hanyalah semak-samun. Damn.
Masa tengah jalan tu, aku raba poket untuk ambil handphone. Waktu menunjukkan jam 11.20pm. Aku pandang kedepan. Kelihatan aku sudah menghampiri kereta savvy berwarna biru yang diberikan abang aku. THANK GOD.
"lain kali dik, kalau nak park, jangan park jauh-jauh sangat. Sini memang ramai sangat orang kena dah,"
"Okay, terima kasih ye"
Abang guard tu terus blah dengan motor beliau. Tinggalkan aku keseorangan di situ. Siot.
Aku pun terus buka pintu, start enjin, dan terus tekan minyak keluar dari tempat tu.
Mungkin lain kali aku akan ke situ lagi pada waktu yang sama. Ada projek yang ingin aku lakukan ala2 seekers la. hahha
ADA PONTINAK LA NOOB!
I am becoming my old me. Heck who cares. I've been holding up too much.
Ah what the hell.
Dun worry. All is well. ;)
My story is never simple.. aihhh...
Pening kepala.
I really wanted to, but I can't. I just can't.
I'm sorry.