Aku suka durian. =)
4:34 AM
Posted by Shokat
Aku masih emo Deutschland kesayangan aku kalah. oh well, what to do.. Best team won kan Radzi? haha
Have You Forgotten?
1:49 AM
Posted by Shokat
Haha, Germany makin mengganas.
Germany tak pernah kalah melainkan dengan Serbia. Tengok game tu, teringat aku tentang kejadian genocide dan ethnic cleansing yang berlaku sekitar 1994 yang melibatkan rakyat Bosnia. Ramai kita yang dah lupa pun kejadian ini.
Bagi aku, kejadian ni amat penting untuk kita ingati tentang kekejaman orang yang telah melakukan keganasan terhadap saudara kita sendiri. Somehow, kejadian ini tak digembargemburkan dan kian dilupakan oleh kita dan orang islam umumnya.
Bosnia terletak di eropah tengah dengan penduduk seramai 4,377,053. Tiga ethnic utama di Bosnia iaitu Bosniaks (penduduk asal Bosnia muslim), Bosnian Serbs (ethnic Serbia), dan Bosnian Croats (ethnic Croatia).
Bosnian Serbs dan Bosnia Croats mula melancarkan ethnic cleansing dan seterusnya genocide sekitar 1993 terhadap Bosniaks. Dianggarkan 9000 lelaki bosniak dibunuh secara kejam dan rumah mereka dibakar semasa mereka masih didalam. Dianggarkan sekitar 200 000 orang dibunuh dan dan termasuk 120 000 orang kanak2. 50 000 wanita dirogol untuk melahirkan bangsa bosnia yang "suci" daripada kaum muslim Bosniak.
Gambar postmortem seorang ibu yang yang mati dibunuh beserta janinnya yang belum delahirkan.
Sejarah jadikan teladan. Tentunya kita tak mahu perkara begini berlaku kepada kita.