Kelemahan



Korang pernah tengok filem ni? Mesti pernah kan. Terutama sekali gadis-gadis yang meminati pelakon handal Brad Pitt. Filem ni berdasarkan puisi epik bertajuk Iliad yang ditulis oleh Homer pada kurun ke-12 BC mengisahkan perang Trojan antara Puak Archeans (orang Greek/Yunani) menentang kerajaan Troy yang dikatakan tidak pernah dijajah oleh sesiapapun selama beratus2 tahun.

Amaran: Post kali ini mengandungi spoiler kepada filem Troy. Kalau taknak tahu, jangan baca.

Namun itu bukan sebab utama aku menilis entry ni. Aku sebenarnya nak bercerita tentang watak utama yang mana Brad Pitt berlakon iaitu Archilles.

Sebelum aku teruskan, aku nak minta pembaca rasa pergelangan kaki korang. Korang akan rasa buku lali korang kan? Okay, sekarang ni, cuba gerakkan jari korang ke belakang pergelangan kaki. Korang akan dapat rasa sejenis tendon (urat daging) yang besar betul2 atas tumit korang.
Rasa?

Haa, untuk pengetahuan korang, nama urat tu ialah Calcaneal Tendon atau lebih dikenali sebagai Achilles' Tendon. Kenapa ia diberikan nama sebegitu?

Kerana kalau ikut cerita dalam Iliad tu, Archilles ni adalah anak kepada Thetis, dewi Yunani yang telah mempersuamikan seorang nelayan. Jadi beliau dikatakan seorang demi-god (separuh manusia, separuh dewa).

Nak dijadikan cerita, kononnya Dewi Thetis ni sangat la sayangkan anaknya Archilles dia taknak anak dia mati. Jadi masa dia kecil, Thetis pegang pergelangan kaki Archilles dan rendamkan anaknya ke sungai Styx yang menyebabkan beliau kebal. Jadi satu badan Archilles kebal melainkan kawasan bawah pergelangan kakinya.

[SPOILER ALERT!!]

Berbalik kepada filem Troy, Archilles akhirnya mati apabila Paris (lakonan Orlando Bloom) memanah Archilles tepat mengenai kawasan pergelangan kaki beliau menyebabkan beliau mati.
Jadi dari situlah asal usul kepada nama Archilles' Tendon dan Archilles' Heel.

Apa pula Archilles' heel?

Ia adalah peribahasa yang bermaksud kelemahan seseorang atau sesuatu yang boleh menyebabkan kejatuhannya. Bagi aku, Homer macam cuba menerangkan tentang realiti kehidupan dimana walau sehebat manapun seseorang tu kelihatan, dia pasti mempunyai sebuah kelemahan yang pasti akan menyebabkan kejatuhannya suatu hari nanti. Dan kita haruslah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan kita itu ataupun at least cuba untuk tidak mempamerkannya kepada orang lain supaya tidak diambil kesempatan oleh musuh.

Apakah Archilles' heel anda? =)

Patung Archilles di Greece








BAD TIMING

Its 7.25pm and I am sitting in front of the table with my CBP and pharmacology book for one hour with NO progression! And guess what, my mid semester exam is just two weeks from now!

Dear readers, if you are reading this. You know there is obviously something wrong going on to me.
But don't worry-lah. Its nothing major. Just some stupid things.

Seriously, what do you want from me? Honestly I am freaking out right now.

There goes my manly ego.
.
.
.
Damn


Oh and kenapa aku rasa sekarang ni musim orang break-up? =__=

Kebanggaan Malaysia

Big Applause to ROSMAH MANSOR and Berita Harian people! =) *clap2*


You make me proud.. *sobs* =')


Lub Dub


First week's lesson: Heart.

Great. Just what I need to know.
Will it be great? I don't know.

One thing for sure; I can't understand mine.