Kitaran Maut
4:06 AM
Posted by Shokat
Pos kali ini aku nak perkenalkan Kitaran Kesedihan Elizabeth Kubler-Ross (Elizabeth Kubler-Ross Grief Cycle).
Secara asasnya, ia adalah reaksi dan tahap2 yang akan kita lalui bermula selepas kita menerima input yang tidak menyenangkan. Contohnya clash dengan couple, kematian orang tersayang, dapat result teruk dan macam2 lagi.
Aku pasti korang pernah lalui masa2 kesedihan bukan? Sekarang aku nak korang trace back apa yang korang telah lalui dan cuba check sama ada stage2 yang telah dihipotesis Kubler-Ross betul atau tidak.
Ok, mari kita lihat.
1)Shock
Inilah reaksi yang mula2 korang dapat bila korang terima berita buruk. Korang akan rasa terkejut. Minda dan badan kau masih cuba menghadam apa yang tengah atau telah berlaku. kalau teruk sangat, korang mungkin akan rasa kesan2 fisioligi yang pelik seperti pening kepala dan muntah. Ada yang panggil tahap ni dengan nama lain iaitu immobilising stage. Korang akan rasa macam kaki korang kebas. Tak boleh nak berdiri. Macam tenaga kena sedut satu badan.
Dialogue:
"WHAT!?"
"awak... buat lawak je kan??"
2)Denial
korang cuba menyangkal apa yang telah berlaku, bahkan, korang mungkin akan menyangkal perasaan korang sendiri. Ingat ya, masa ni, korang tak menangis lagi.
Dialgue:
"Tak, tak mungkin!"
"I don't care because i don't even love her"
3)Anger
Korang mula rasa marah. Emosi yang tak dapat dielakkan. Marahkan semua orang, mungkin termasuk tuhan. Kalau dalam kes breakup, korang mungkin akan salahkan si dia.
Dialogue:
"Sampai hati dia buat aku macam ni!"
"Aku benci dia!! BENCI!!!!" (smart gak aku buat dialogue, hahaha)
4)Bargaining
Stage ni, sama ada korang mula minta tolong pihak lain ataupun korang mula self contemplate dengan bercakap dengan diri sendiri. Korang mula luahkan perasaan kepada kawan dan mula berdoa. Sikit2, korang mula develop perasaan melankoli.
Dialogue:
"Apa aku dah buat?"
"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan"
5)Depression
Sekarang barulah korang mula menangis. Mungkin mula menyesal apa decision yang korang dah buat. Mula teringatkan kenangan2 lama. Korang tiba2 jadi antisosial dan selalu menyendiri. Harapan rasa semakin pudar.
6)Acceptance
Sekarang korang mulai cari jalan keluar dari kesedihan. Kembali bersosial dengan kawan2. Korang akhirnya berbalik berpijak di bumi dan perlahan2 korang kembali melangkah dengan yakin. Atau mungkin ada orang lain yang membantu korang ke tahap ni dengan lebih cepat.
Itulah secara asasnya Kitaran Kesedihan Kubler-Ross. Sekarang adakah korang dapat relate dengan pengalaman korang dulu? Setelah korang tahu benda ni, mungkin korang akan lebih aware dengan perubahan yang ada dalam diri korang dengan harapan korang akan dapat cope dengan situasi yang tidak menyenangkan.
Selamat berpuasa!! =)
Subscribe to:
Posts (Atom)