hahaha. lama gila aku tak update blog.


macam pernah dengar je kan tajuk ni? kalau orang tu menulis hikayat kasawari lari-lari
(betul ke? 0.o), kini aku menulis tentang kisah gagak yang tak reti-reti nak terbang dari dulu.

Nota: ini cerita lama sebenarnya. Ini antara blog yang penulis simpan dalam draft. Selepas lebih kurang 3-4 bulan, penulis mula mengambil keputusan untuk mempublish post tersebut. Enjoy=)

Ceritanya bermula apabila Si Gagak tersepit di bawah jasad seekor haiwan lain yang sedang terdampar kesakitan. Dia mahu melepaskan diri. Berkali-kali gagak cuba memanggil haiwan tersebut tetapi tidak dedingarinya. Gagak Bersimpati dengan haiwan tersebut yang juga sedang kesakitan. Tambahan pula, haiwan itu juga ada kawan rapat Gagak! Oleh itu, Gagak memilih untuk membiarkan dirinya dihempap sambil menahan kesakitan.
Suatu masa, gagak pun berfikir.

Gagak: Aduih, takleh tahan dah ni. +_+

Lalu gagak mengambil langkah yang drastik.

Beliau mengambil lajak (padahal kena hempap?) sambil mematuk haiwan rakannya itu sekuat hati.

Terdengar gemaan suara tangisan daripada haiwan tersebut.

Begitu kuat sehingga semua haiwan-haiwan rimba terkejut dengan suara tangisan itu sambil memekik
"What the hell!!?"

Haiwan-haiwan rimba mula memandang tajam kearah Gagak. Mereka menengking Gagak dengan tindakannya yang dikatakan kejam itu.

Haiwan2 rimba: Apa kau dah buat gagak?!!

Gagak: Aku-

Haiwan2 rimba: Sampai hati kau!!

Gagak: Boleh bagi masa aku explain? ==

Haiwan2 rimba: Tak boleh!!!

Gagak: ==" fine~

Lalu gagak cuba melebarkan sayapnya.
"Bapak sakit!!!"

Terdengar suara haiwan Si Penghempap memanggilnya.

Si Penghempap: Gagak, lepas ni terbang jauh2 ya? =)

Gagak:.....

Gagak cuba melebarkan sayapnya kali kedua.
"Ya Tuhan, sakit gila! macamana aku nak terbang ni? =="

Gagak pun terduduk sambil memikirkan nasibnya.

Tiba-tiba, Gagak terasa ada orang memanggilnya dari belakang.
Haiwan Si Penghempap lagi rupanya..

Gagak: Rakanku, boleh tak kalau kita kembali kawan macam dulu?

Si Penghempap: BODOH! BODOH! BODOH!!!!

Gagak:....

Gagak pun terus beredar dari situ dengan melompat-lompat seperti burung pipit ditepi jalan.
Darah masih memercik sedang beliau berjalan. Air jernih pula mula mencairkan (dilute) darah yang mengalir di paruhnya.

Dalam keegoan dia meninggalkan kawasan hutan itu, ternyata dia masih merasa sebak dengan nasib yang menimpanya.

Bersambung....