Kenapa babi jalan tunduk?
3:11 AM
Posted by Shokat
ok tajuk takleh blah. =.=
Hari ni hari yang meletihkan. Baru2 ni aku dapat banyak sms dan call2 dari membe2 ajak kluar lepak. Zorbing la kayak la hapela. Satu pun aku tak sure aku dapat join ke tak.
Pasal apa?
Untuk pengetahuan kepada mereka yang tak tahu menahu itu atau memang taknak tahu (pedulik hape aku), aku sekarang di alam pekerjaan. Aku kena cakap. Kerja tak bez.
Aku rasa bila dah kerja ni barula aku appreciate life sebagai student. Yes ada tanggungjawab student tapi tanggungjawab tu hanya untuk diri sendiri. Kalau kerja (cam aku) tanggungjawab kepada customer tu kena pikul and then ada harapan orang letak kat kite lagi tu.
Gaji pun taklah handsome sangat, aku lebih banyak dapat dari commission je.
Letih baru balik kerja menyebabkan aku terus terbungkang atas katil sejejaknya kaki aku ke dalam bilik tidur. Kadang2 sampai nak terlepas maghrib.
Sekarang ni barulah aku rasa cam nak jadi student sampai mati, taknak keje. haha. Tapi apa boleh buat. Inilah life. You'll have to face it sooner or later.
Kepada mereka2 yang ajak aku kayak, aku cubalah join. Tapi takleh janji r.
Kepada classmate ku tersayang, aku mintak maaf pasal aku tak rasa aku boleh join korang. Memang weekends ni aku tak free (dan aku bukan lelaki murahan).
.
.
.
Sesiapa yang terbaca post kali ni bolehla try jawab teka teki. Soalannya ialah tajuk post ni. Gudluck! =D
The Minority Report =)
11:38 PM
Posted by Shokat
Tajuk sebelum ni menjadikan blog aku macam blog politician pulak. Atau blog ponyokong2 parti tertentu. Jadi aku update kepada tajuk diatas disebabkan aku berada dalam kalangan golongan minoriti.
Aku bukan apa, just nak voice out my humble opinion.
Bagi aku, orang kita masih enggan berfiran terbuka dalam menilai hal2 macam ni.
WE ALWAYS LOOK AT ONE SIDE OF THE STORY AND NEVER BOTHER TO LOOK AT THE OTHER SIDE OF THE STORY.
Aku dah buat research, uh, more or less lah. What did I find out is quite interesting.
BOTH OPPONENTS AND PROPONENTS ALSO HAVE CONCRETE AND SOLID POINTS!!
Fikir2 balik isu ni memang boleh buat ESL punye essay. haha.
Opponents cakap.
1) Allah tu merujuk kepada sifat Tuhan yang sempurna dari segi Zat, Sifat dan Af'alnya. Jadi penggunaan selain dari maksud islam akan mengubah maksud Allah itu sendiri. Maka adalah salah untuk menggunakan kalimah Allah untuk agama Kristian yang percaya kepada doktrin trinity.
2) Penggunaan itu akan mengelirukan umat Islam khasnya generasi muda yang kurang arif tentang agama.
3) Mereka mengatakan ia adalah "konspirasi" missionary2 yang mahu mengembangkan agama Kristian di Malaysia.
4) Mereka telah menggunakan kalimah2 lain seperti God, Lord, Eli, Elohim, Yahweh dll, Kenapa nak guna jugak ALLAH??
Proponents pulak cakap,
1) Kalimah Allah bukanlah eksklusif bagi orang Islam sahaja. Bahkan pakar2 bahasa Arab mengakui bahawa Allah berasal dari perkataan "Al-Ilah" yang bermaksud yang berhak disembah.
2) Lebih senang untuk berdialog dengan mereka sekiranya mereka mengiktiraf God, yang mereka percaya dengan Allah yang ada di dalam Al-Quran adalah entiti yang sama, jadi senanglah untuk kita perbetulkan akidah mereka.
3) Sekiranya kita risau tentang generasi muda akan tertipu dengan penggunaan kalimah Allah, maka seharusnya perkara tsebut di"tackle" melalui pembelajaran akidah yang lebih mantap. Uh, pendek cakap ada something wrong dengan kita punya pedidikan agama sampai bodoh sangat budak2 kita nak percaya.
4) Banyak ayat2 Al-Quran sendiri yang merakamkan penggunaan kalimah Allah oleh orang2 bukan Islam, antaranya,
Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Jadi proponents cakap Allah tak melarang orang bukan islam menggunakan nama Allah, tapi Allah cuma x redha dengan kesyirikan trinity mereka.
Peh, dalam hal ni, blogger tak dapat banyak pihak2 proponent. Korang try lah google "isu kalimah Allah", korang akan nampak page results tu penuh dengan page2 membantah.
Nasihat dari blogger:
- Kalau korang nak look into this matter, look to both arguments, jangan nak tengok argument sebelah pihak then terus tembak pihak lagi satu.
- Kalau nak baca argument2, bacalah dengan hati yg terbuka dan niat untuk mencari kebenaran. Jangan baca dengan emosi, sure2 sume tak kena.
Aku rasa tak guna kalau aku bagi link opponents, pasal kalau korang google isu ni pun, belambak kluar yg opponents. Proponents susah giler nak carik. So aku kasi link2 proponents jek,
Daripada RPK (Blogger popular) <--mungkin ramai yang tak boleh terima pandangan dia pasal ramai cakap dia ni secularist sikit. ==
Daripada Ahmad Jailani (Blogger bebas?) <--- aku x kenal sgt. =.=
Daripada Dr Asri (ex-Mufti Perak) <---dia korang boleh terima kot. except kalau ada timbul fitnah wahabbi lagi. =P
If you ask me, which side am I with?
Well, I have to say. I'm with the proponents. For now. Fullstop.
Subscribe to:
Posts (Atom)