Post ni post yang special. Uh, aku tak payah beritahu pun kot. haha.


Post kali ni aku akan menjawab soalan2 pembaca blog; peminat2 setia (peminat la sangat).

1) Kenapa kau privatekan blog?

Oh, soalan yang bagus. Pasal aku taknak orang lain baca. Kenapa? pasal aku decided untuk tak update blog untuk seketika waktu (Note perkataan 'seketika'). Senang je, bila rumah korang dipenuhi sarang labah2, benda pertama korang buat mestilah korang tutup pintu rumah korang supaya orang lain tak boleh masuk; jika tak, ibarat membuka pekung di dada lah bukan? (tengok, aku masih Melayu dowh Radzi!). Bila korang dah tutup pintu, barulah korang mulakan kerja2 pembersihan. Setakat ni, aku masih di fasa pertama.

2) Siapa je yang kau bagi baca?

Uhh, ramai! AKu, Syaukat, dan saya. Heh.
.
.
.
Korang nak baca apa? aku bukan update pun..
(refer kembali jawapan soalan 1)


3) Kenapa kau taknak update blog?

Haa, ni soalan yang menarik. Kenapa ek?

Aku pun tak sure. Cumanya, setiap kali aku nak update blog, aku mesti tulis benda emo. Jangan tanya kenapa, I wish I know why. Asal nak tulis blog je mesti tulis benda emo, asal emo je nak tulis blog. Kalau nak ikutkan, aku ni bukanlah mat emo (most of the time at least *wink2* ). Tapi adakah post2 aku yang emo ini menggambarkan diri aku yang sebenarnya emo deep down ataupun just diri aku yang mengada2 nak tunjuk kat orang supaya aku emo supaya aku dapat attention, ataupun aku emo bila tulis blog sahaja yang bermaksud blog ni mengingatkan aku tentang something emo *pening*.

Apa2 pun sebabnya, ia tak bagus. In fact it sucks! Heh (tengok tu dah start emo dah ==)

4) Sampai bila akan jadi begini?

Aku pun tidak tahu, mungkin seminggu, sebulan, setahun, God knows. For now, let time tell (line pickup aku)

5) Kenapa kau tulis post ni?

Kerana aku nak korang tahu "tujuan". Aku dah bosan dengan soalan2 yang tak henti2 diajukan. Baru aku tahu rupanya boleh tahan ramai juga penyinggah blog aku *bangga*. bertambahlah reason aku untuk terus buat macam ni.

Oh ya, untuk post kali ini, aku akan unprivatekan selama 24 jam bermula sekarang. Kepada yang tak sempat baca tu nasib dialah. Kepada yang sempat, tolong beritahu sebab dan tujuan kepada yang bertanya ataupun yang takde kena mengena (kisah apa aku).

Jumpa lagi! =)