Mari kita membaca kisah2 lawak yang tak berapa lawak.

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje"

IST ERI TERSAYANG
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tah u Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini
nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

................

Cucur Udang
Seorang perempuan datang ke gerai menjual kuih. Berkata dia kepada makcik penjual kuih tesebut.

Perempuan: Makcik, cucur udang 2 ringgit.

Makcik: Baik nak.

Makcik tersebut membungkus cucur udang lalu diberikan kepada perempuan itu.

Perempuan tersebut membawa pulang cucur tersebut dan memakannya setibanya di rumah. Namun beliau merasakan cucur tersebut sangat tidak cukup sifat. Cucur2 udang tu takde udang langsung! Tepung kosong je~~

Bengang, beliau kembali ke gerai tersebut.

Perempuan: Ape ni makcik, makcik tak baik la tipu pelanggan!!

Makcik: Kenape nak? (muka innocent)

Perempuan: Makcik kata ni cucur udang, ni takde udang LANGSUNG!

Makcik tersebut menjawab dengan tenang,

Makcik: Nak, kalau cucur badak makcik kena letak badak ke?
.
.
.
.
.
.
Okayh, sumpah aku bosan.