Retak Ketakterhinggaan
9:55 PM
Posted by Shokat
Nama saya Muhammad Syaukat, pelajar perubatan tahun dua di Monash University Sunway Campus.
Aku adalah man of science. Oleh itu, persoalan kenapa? bagaimana? bila? dan dimana sering menghantui diri ini. It kills me to know those answers especially kalau perkara itu amat aku minati atau ia berkait rapat dengan diri aku sendiri.
Tapi aku kena terima hakikat. Tak semua persoalan2 besar di dunia ini telah dirungkap. Contohnya, bagaimana orang zaman dulu boleh buat piramid besar2? Apa rupa cahaya sebenarnya? Bolehkah kita merentasi masa? Walaupun dalam dunia perubatan; contohnya kenapa lelaki ada nipples? (erk!!!) ataupun bagaimana gout crystal boleh terbentuk? Semua itu masih membutuhkan penjelasan yang mungkin lambat laun akan terungkai jua.
gambar hiasan
Nama saya Muhammad Syaukat. Umur saya akan mencecah 21 pada November ini.
Aku dihantui dengan sejarah hidup aku sendiri dengan peristiwa yang aku sendiri tak faham kenapa ia telah berlaku; kenapa sesebuah keputusan itu telah dibuat? Aku masih berharap agar persoalan2 itu akan terjawab atau dijawab suatu hari nanti.
Buat masa ni, hanya spekulasi boleh dibuat.
Namun begitu, aku rasa sebahagian persoalan akan kekal sebagai persoalan yang mungkin akan terkubur tak terungkit begitu sahaja. Ah well, mungkin itu lebih baik untuk semua. =)
gambar hiasan 2
Nama saya Muhammad Syaukat, anak bongsu daripada 5 orang adik beradik.
Walaupun aku anak bongsu, tapi aku rasa aku takdelah spoilt sangat (rasanyalah =PPP).
Kita kena terima hakikat bahawa tak semua benda yang kita nak tu kita akan dapat. Yang penting, yang terbaik untuk semua. Persoalannya sekarang ni, apa yang terbaik? =)
.
.
.
Dia bersih, dia tak ditinggalkan. Jaga dia baik2. Selamat hari lahir. =)
* * *
.
.
.
.
.
.
Turunlah Mubarak oi! Cukup2lah tu.
In Two Frets of Time
6:56 PM
Posted by Shokat
I'm gonna try something difficult, perhaps arguably impossible. It will require me to take a few leaps of faith.
I hope that He is with me, InshaAllah.
.
.
Hang in there.
Teka Silap Kata
6:01 PM
Posted by Shokat
Aku suka membaca hasil nukilan rakan2 bloggers. Mereka banyak menggunakan bahasa2 perlambangan yang sangat menarik.
Begitu juga aku.
Korang tahu tak apa itu innuendo?
Eh tak! Bukan Innuendo tu! heh.
Innuendo
1. An indirect or subtle, usually derogatory implication in expression; an insinuation.
2. Law
a. A plaintiff's interpretation in a libel suit of allegedly libelous or slanderous material.
b. A parenthetic explanation of a word or charge in a legal document.
Ini bukan kelas undang2, jadi ambillah maksud nombor satu. Maksud innuendo ialah, kalau kita cakap sesuatu tu, ia ada double meaning.
Ada orang menggunakan sesuatu perkara atau objek untuk melambangkan seseorang. Ada yang menggunakan insiden2 terkini untuk memberitahu sesuatu telah berubah. Mungkin kebetulan.
Namun begitu, para pembaca tidak seharusnya menganggap semua perkara yang ditulis oleh bloggers (macam aku) adalah innuendo secara keseluruhannya. Ada juga perkara yang aku tulis memang dimaksudkan secara literal. Vice versa juga. =)
Oh dan tahukah korang bahawa Taylor Swift dan John Mayer pernah bersama?
Dan as expected, mereka break.
Yang menariknya, tahukah korang yang mereka menulis lagu untuk satu sama lain?
Mulakan dengan Taylor Swift lagu ni.
Aku rasa lagu ni sangat pedas. Title pun takleh blah! Seperti biasa, kalau bergaduh dengan sebab yang tak pasti, yang lelaki juga akan dipersalahkan. Memang TS berjaya tunjukkan yang John ni memang jerk habis. haha.
Tengok apa John Mayer balas.
Dia duet dengan Taylor Swift! Aku terharu sebenarnya bila dengar lagu ni. Bagi aku, lagu ni sangat jujur. Oh, dan aku rasa aku faham apa yang John Mayer rasa. =)
Faham tak? ni macam...
Taylor: Kau salah! Kau jerk! Buaya!
John Meyer: Ye,,, Memang salah aku pun.. ==
Haa, faham tak? hahaha. =P
.
.
.
.
Aku dah jumpa drive untuk study! =)
Barangkali Kebarangkalian?
4:30 AM
Posted by Shokat
Hari tu aku nak masak sup, tapi terasa terletak kunyit. Maka jadilah ia ala2 soto. =P
Masa dulu aku memang benci topik probability. Mulanya dari sekolah menengah lagi. Serious aku tak faham kenapa aku kena belajar benda merepek ni (Sekarang korang tahu kenapa aku di bidang perubatan).
(Dengan izin: Penulis akan menggunakan istilah English (Probability) dan bukan istilah Bahasa Malaysia (Kebarangkalian). Hal ini kerana penulis belajar dalam PPSMI. no offense kepada pencinta BM ye)
Tapi itu dulu. Sehinggalah aku dibukakan mata baru2 ni.
Aku nampak probability tu macam sangat pelik dan menarik. Aku juga faham kalau hukum probability tu tak diikut, itu bermakna instrument yang kita guna tu tak fair. Sebagai contoh, jika anda melontar dadu yang adil (fair dice) berbucu 8 maka probability untuk anda mendapat salah satu nombor dari itu adalah 1/6; sebaliknya jika probability untuk mendapat salah satu nombor, misalannya nombor 1 ialah 1.5/6, maka adalah adil untuk kita simpulkan yang dadu itu tidak adil. Boleh ikut setakat ni?
Itu mukaddimah.
Sekarang ni aku nak tanya korang. Pernah tak korang rasa keliru dengan diri sendiri? Keliru untuk buat keputusan sampaikan korang rasa macam hati itu terbelah dua?
Aku rasa kita semua pun pernah melalui semua itu. Dan apa yang kita buat selepas itu?
Tarik nafas panjang2.... relax... cool... then sebagai orang islam (note islam itu huruf kecil), kita digalakkan untuk solat istikharah. Tapi persoalannya bagaimana semua itu boleh membantu? Kita minta petunjuk dariNya tapi tahu tak apa jenis petunjuk yang harus kita expect? Mimpi? Ataupun kecondongan hati kepada satu2 keputusan?
Kebanyakan orang tak perasan yang Dia sebenarnya beri petunjuk bukan sahaja secara prospektif, tapi juga secara retrospektif.
Kita bukan hanya perlu tunggu dan harapkan petunjuk datang, tapi juga kita harus renungkan dan pandang kebelakang dan cuba fikirkan petunjuk apa yang telah dia berikan untuk kita. Aku percaya banyak, tapi kebanyakan kita tak perasan.
Apa kaitannya dengan mukaddimah?
Well, aku rasa Dia telah banyak memberi aku petunjuk menggunakan probability. Aku mungkin kedengaran sangat tidak logik dan delusional. Tapi aku hampir yakin dengan apa yang aku rasa. Kerana kalau nak ikut prinsip probability memang kita boleh simpulkan bahawa instrument (kehidupan) itu tak fair. Jadi apa maksud semua ini?
I wish I know. Aku juga masih mencari. Kerana itu, aku tak pasti sama ada aku patut gelak atau menangis. haha.
Yang pasti, takdir kadang2 boleh jadi sangat lucu dan sarkastik.
Oh dan korang, Kucing telah berjaya dikesan. =)
Pernah itu Tensa Lepas; Sekarang itu Tensa Kini
9:10 PM
Posted by Shokat
Wahai pasu yang telah pecah. Adakah anda telah dilekatkan dengan sempurna?
Subscribe to:
Posts (Atom)