Hari tu aku nak masak sup, tapi terasa terletak kunyit. Maka jadilah ia ala2 soto. =P

Masa dulu aku memang benci topik probability. Mulanya dari sekolah menengah lagi. Serious aku tak faham kenapa aku kena belajar benda merepek ni (Sekarang korang tahu kenapa aku di bidang perubatan).

(Dengan izin: Penulis akan menggunakan istilah English (Probability) dan bukan istilah Bahasa Malaysia (Kebarangkalian). Hal ini kerana penulis belajar dalam PPSMI. no offense kepada pencinta BM ye)

Tapi itu dulu. Sehinggalah aku dibukakan mata baru2 ni.

Aku nampak probability tu macam sangat pelik dan menarik. Aku juga faham kalau hukum probability tu tak diikut, itu bermakna instrument yang kita guna tu tak fair. Sebagai contoh, jika anda melontar dadu yang adil (fair dice) berbucu 8 maka probability untuk anda mendapat salah satu nombor dari itu adalah 1/6; sebaliknya jika probability untuk mendapat salah satu nombor, misalannya nombor 1 ialah 1.5/6, maka adalah adil untuk kita simpulkan yang dadu itu tidak adil. Boleh ikut setakat ni?

Itu mukaddimah.

Sekarang ni aku nak tanya korang. Pernah tak korang rasa keliru dengan diri sendiri? Keliru untuk buat keputusan sampaikan korang rasa macam hati itu terbelah dua?

Aku rasa kita semua pun pernah melalui semua itu. Dan apa yang kita buat selepas itu?

Tarik nafas panjang2.... relax... cool... then sebagai orang islam (note islam itu huruf kecil), kita digalakkan untuk solat istikharah. Tapi persoalannya bagaimana semua itu boleh membantu? Kita minta petunjuk dariNya tapi tahu tak apa jenis petunjuk yang harus kita expect? Mimpi? Ataupun kecondongan hati kepada satu2 keputusan?

Kebanyakan orang tak perasan yang Dia sebenarnya beri petunjuk bukan sahaja secara prospektif, tapi juga secara retrospektif.

Kita bukan hanya perlu tunggu dan harapkan petunjuk datang, tapi juga kita harus renungkan dan pandang kebelakang dan cuba fikirkan petunjuk apa yang telah dia berikan untuk kita. Aku percaya banyak, tapi kebanyakan kita tak perasan.

Apa kaitannya dengan mukaddimah?

Well, aku rasa Dia telah banyak memberi aku petunjuk menggunakan probability. Aku mungkin kedengaran sangat tidak logik dan delusional. Tapi aku hampir yakin dengan apa yang aku rasa. Kerana kalau nak ikut prinsip probability memang kita boleh simpulkan bahawa instrument (kehidupan) itu tak fair. Jadi apa maksud semua ini?



I wish I know. Aku juga masih mencari. Kerana itu, aku tak pasti sama ada aku patut gelak atau menangis. haha.

Yang pasti, takdir kadang2 boleh jadi sangat lucu dan sarkastik.

Oh dan korang, Kucing telah berjaya dikesan. =)