Sebelum apa2, aku nak tekankan yang post aku ni tiada ditujukan kepada siapa2 yang hidup

ataupun mati. Anggap je ni sebagai satu peringatan kepada korang dan diri aku sendiri.
.
.
.
.
Aku menulis ni in response to blog Zayana. Aku rasa post terbaru beliau tu sangat menarik hati aku untuk menulis kali ini.
.
.
Aku ada seorang kawan, eh tak, ramai kawan kat Langkawi dulu kiranya jatuh ke kategori handsome la. Kelebihan diorang tak terbatas di situ sahaja. Diorang juga dibekalkan dengan asset mulut yang sangat manis sehingga boleh menyebabkan
hampir setiap perempuan yang mendengar kata2 mereka terkena diabetes. Dan tak lama lepas tu, diabetes perempuan tu bertukar darah tinggi apabila akhirnya tersedar yang mereka sebenarnya telah terhanyut dengan charm lelaki itu atau apabila diorang sedar yang lelaki tu bertukar2 perempuan macam tukar seluar dalam. (nota: budak asrama selalu recycle baju seluar tapi bukan seluar dalam)


Aku nasihatkan kepada yang membaca post ini. Tak kesahlah lelaki atau perempuan. Kalau korang terjatuh dalam kategori macam kawan2 aku ni. Tolonglah stop. Korang tak sedar ke Yang Maha Adil sedang memerhati? To me, you guys (and girls) are just fooling yourself. Sedarlah sikit dunia ni ibarat roda. Korang rasa korang selalu di atas? Kalau gedebuk jatuh nanti karang baru tahu.

Kadang2 kita asyik lupa bahawa asset kita juga liabiliti kita yang terbesar. Benda tu sebenarnya bentuk ujian Dia berikan kepada kita. Contoh Yang Maha Pemurah dah bagi korang kurniaan muka yang handsome/cantik beserta mulut2 yang bisa mengatur perkataan2 ibarat ketuhar gelombang mikro yang boleh membuatkan orang berlainan jantina cair macam choklat. Sedar lah korang sesungguhnya Yang Maha Berkuasa tu boleh tarik nikmat tu macam *snap!*, sekelip mata je.

Aku tertarik dengan kata2 Aizad Syafeez.

Aizad: Kau tahu tak ujian dari segi nikmat tu la yang ramai orang fail daripada ujian dari segi kesusahan?

Me: Yeke? Kenapa?

Aizad: Pasal kalau yang nikmat, kita biasa lupa diri. Kalau kesusahan, sah2 kita cepat2 cari Yang Maha Pengampun.

Tu je la, aku malas nak mengarut panjang. Again aku nak tegaskan bahawa post ni memang tidak ditujukan kepada individu tertentu melainkan sebagai peringatan kepada semua termasuklah diri aku sendiri.

Renungkan2.. =)